FGV Annual Report 2013
Kumpulan mempunyai tanah simpanan seluas 446,656 hektar, di mana 390,234 hektar atau 87.4 peratus daripadanya terletak di Malaysia, sementara 56,422 hektar lagi terletak di Indonesia. Daripada keluasan tersebut, kira-kira 347,517.50 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit dan 12,372 hektar lagi meliputi ladang getah. Kira- kira 53 peratus daripada tanaman kelapa sawit yang diwarisi Kumpulan telah mencapai usia puncak kerana telah berusia lebih 20 tahun. Bagi memperbaiki profil usia dan meningkatkan hasil, Kumpulan menerima pakai strategi dua serampang dengan memfokus kepada program penanaman semula secara agresif 15,000 hektar setiap tahun dan mengambilalih tanah ladang brownfield di Malaysia dan juga di luar negara. Kumpulan berhasrat untuk mencapai profil usia yang lebih menggalakkan iaitu 12 tahun menjelang tahun 2019. Bagi mencapai sasaran ini, Kumpulan telah melancarkan kadar penanaman semula secara optimum seluas 15,000 hektar bagi mengurangkan keluasan pokok kelapa sawit tua sebanyak lebih kurang 5 peratus setahun. Selepas mengatasi sasaran ini selama dua tahun berturut-turut, kemajuan pada tahun 2013 telah dihalang oleh banjir di mana hanya 14,494 hektar sahaja mampu ditanam semula. Pada tahun ditinjau, satu langkah pengambilalihan utama telah diselesaikan manakala dua lagi dijangka selesai pada tahun 2014. Pada bulan Julai 2013, Kumpulan mengambilalih 21,037 hektar tanah simpanan greenfield dan brownfield di Kalimantan, Indonesia. Kira-kira 8,193 hektar akan ditanam dengan kelapa sawit, sementara 12,844 hektar lagi akan dibangunkan untuk tanaman getah. Oleh kerana strategi penanaman monokultur mendedahkan ia kepada risiko yang tidak boleh dilihat, rancangan yang diatur oleh Kumpulan bertujuan untuk menambah kawasan ladang getah kami kepada 30,000 hektar di rantau Asia Tenggara menjelang tahun 2020. Kumpulan bertekad untuk mempercepatkan proses menambahbaik profil usia pokok kelapa sawitnya melalui pengambilalihan brownfield . Pada 1 Oktober 2013, Kumpulan telah menyelesaikan pengambilalihan Pontian United Plantations Bhd (PUP). Pengambilalihan PUP meliputi kawasan ladang seluas 15,161 hektar, sebahagian besarnya pokok kelapa sawit matang yang secara purata mampu mengeluarkan 22.77 tan metrik setiap hektar pada tahun 2013. Perladangan melancarkan beberapa inisiatif meningkatkan produktiviti pada tahun ini. Ia meliputi pelaksanaan beberapa proses baharu dan menaik taraf dandang di kilang yang membawa kepada operasi kilang yang bertambah konsisten dan cekap. Bagi memastikan operasi yang mampan, sejumlah 19 kilang telah dilengkapkan dengan kemudahan pemampat Buah Tandan Kosong (BTK). Inisiatif ini bukan sahaja mesra alam, malah BTK yang dicincang boleh dijual dan diproses selanjutnya di dua kilang lain untuk dijadikan Fiber Panjang Kering. Felda Global Ventures Holdings Berhad 29
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=