FGV Annual Report 2013

Sementara itu, pada tahun depan, Kumpulan akan mula menikmati manfaat permulaan daripada beberapa usaha pengambilalihan yang dilaksanakan baru-baru ini. PengambilalihanPUP telah punmenyumbang kepada perolehan FGV pada suku keempat tahun 2013. Oleh kerana kebanyakanpokoknya barumencapai usia puncak 13 tahun, kosmenanam semula yang minimum sahaja akan ditanggung sepanjang tempoh 10 tahun akan datang. Program penanaman semula secara konsisten yang sedang dijalankan bakal mengurangkan profil usia purata ladang kelapa sawit Kumpulan. Oleh kerana semakin banyak pokok kelapa sawit mencapai kematangan, ia akan diikuti dengan pertambahan hasil yang menyokong keteguhan pengeluaran MSM pada tahun ini. Ia juga akan menyaksikan Kumpulan menikmati pendapatan daripada FHB yang telah bertukar statusnya daripada sebuah syarikat bersekutu kepada sebuah anak syarikat pada 27 Disember 2013. FHB sebagai sebuah syarikat induk pelaburan dengan anak-anak syarikat, janji urus usahasama dan beberapa syarikat berkaitan lain terlibat dalam pemprosesan produk sawit mentah, bertapis dan berbungkus, merupakan sebuah entiti yang sangat menguntungkan. Ia turut terlibat dalam penyediaan perkhidmatan sokongan berkongsi, termasuk penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan pukal dan pengangkutan, pemprosesan getah dan pengilangan baja. Pada tahun 2013, FHB menjana keuntungan sebelum cukai disatukan sebanyak RM383.4 juta dan mempunyai kedudukan tunai bersih sebanyak RM1,656.6 juta. Pendapatan tahun penuh FHB akan digambarkan dalam prestasi kewangan FGV pada tahun 2014. Sehingga akhir tahun kewangan 2013, Kumpulan telah menggunakan kira-kira 70 peratus daripada kutipan IPOnya yangberjumlahRM4.5 bilion. Sebahagian besar daripada kutipan tersebut diguna untuk mengambilalih aset perladangan, sementara RM427 juta lagi dilaburkan ke dalam perniagaan hiliran. Kumpulan telah mengenepikan sebanyak RM100 juta sebagai perbelanjaan modal bagi meningkatkan tahap kecekapan dan keupayaan dan RM130 juta lagi sebagai keperluanmodal kerja. Pada awal TK 2014, kita mempunyai baki RM1.33 bilion daripada IPO dan rizab tunai sebanyak RM3.70 bilion. Justeru, Kumpulan berada dalam kedudukan yang teguh untuk meneruskan mandat M&A seperti terkandung dalam Pelan Induk Strategik Globalnya. Kita akan meneruskan usaha memanfaatkan setiap peluang yang wujud dengan gigih bagi melaksanakan pertumbuhan masa depan yang menguntungkan, baik dalam segmen perniagaan huluan mahupun hiliran. Oleh kerana Malaysia kekurangan tanah yang boleh digunakan untuk tujuan perladangan, Kumpulan sedang mencari peluang di luar negara untuk menambah tanah simpanannya. Myanmar, Kemboja dan Papua New Guinea telah dikenal pasti sebagai negara-negara yang sesuai untuk program pengembangan huluan kita bukan sahaja untuk kelapa sawit, malah tanaman getah dan tebu. Kita juga mengakui bahawa sesetengah peluang terbaik untuk mencapai pertumbuhan terletak di luar rantau ini dan kawasan yang menarik minat kita termasuk di sekitar lingkaran tropika beberapa buah negara Afrika seperti Ghana, Cameroon dan Gabon. Portfolio antarabangsa kita yang semakin berkembang akan menjadi salah sebuah pemacu utama pertumbuhan hasil dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Di peringkat pertengahan dan hiliran rantaian nilai pula, Kumpulan masih mencari lebih banyak peluang menjalin permuafakatan dan usahasama dengan rakan kongsi prospek. Kumpulan juga telah membangunkan pelbagai produk hiliran yang berpotensi untuk meningkatkan kehadiran kita di pasaran Asia Tenggara. Di Kemboja, kita akan terus membina di tapak yang telah diasaskan dan kita telah meletakkan sasaran untuk menguasai 30 peratus bahagian pasaran bagi produk-produk Delima Oil Products Sdn Bhd dalam tempoh tiga tahun akan datang. Kita meletakkan harapan untuk memastikan supaya Kumpulan mampu mencapai pertumbuhan keuntungan berterusan pada tahap yang sangat memuaskanpadamasadepan.SayainginmenekankanbahawaKumpulan FGV bukan bermatlamat untuk mencari keuntungan semata-mata, tetapi sebaliknya melakukan usaha tersebut secara bertanggungjawab dan mampan dan pendekatan ini akan sentiasa menjadi asas kepada falsafah perniagaan kita. PENGHARGAAN Setiap matlamat yang ingin dicapai hanya boleh ditentukan oleh warga FGV sendiri yang akan memastikan kejayaan dan masa depan Kumpulan. Ketika kita menyuntik semangat kebangkitan dan membuat persediaan untuk menerjah ke hadapan, penyertaan setiap warga kerja yang telah berganding bahu untuk berkongsi wawasan dan cita-cita Kumpulan benar-benar telah mencetuskan inspirasi yang diharapkan. Semangat profesionalisma, komitmen dan kesediaan anda sekalian untuk bekerja keras akan terus menjadi sumber keyakinan kita terhadap masa depan Kumpulan. Dalam mengharungi perjalanan transformasinya, Kumpulan bertuah kerana mempunyai pasukan yang memberi sokongan kuat; terdiri daripada pemegang saham, pelanggan, kontraktor, rakan dalam perniagaan dan pemegang kepentingan lain. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda sekalian kerana memberikan keyakinan dan sokongan berterusan ketika kita sama-sama melangkah ke hadapan untuk meluaskan penglibatan kita. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya di dalam Lembaga Pengarah atas kesungguhan dan sokongan yang diberikan sepanjang tahun 2013. Komposisi Lembaga Pengarah telah berubah pada tahun ini dengan Tan Sri Dato’ Sabri Ahmad tamatnya tempoh jawatan serta Datuk Wira Jalilah Baba, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang meletakkan jawatan daripada Lembaga Pengarah atas sebab komitmen masing- masing. Sepanjang tempoh tiga tahun sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Dato’ Sabri telah memainkan peranan penting dalam penyenaraian FGV dan meletakkan Pelan Induk Strategik Global di landasan yang tepat. Kita akan merasakan ketiadaan mereka dan Lembaga Pengarah mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua dalam apa jua penglibatan yang diceburi di masa depan. Mohd Emir Mavani Abdullah telah dilantik sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mulai 15 Julai 2013. Seorang pakar terkemuka dalam bidang pembaharuan ekonomi dan pentadbiran kerajaan dan telah menjadi ahli Lembaga Pengarah sejak bulan Januari 2012, beliau mempunyai pengetahuan serta pengalaman yang mendalam dan luas untuk menerajui Kumpulan dalam fasa kritikal mengharungi perjalanan transformasinya. Kumpulan FGV memasuki tahun 2014 dengan semangat baharu yang lebih mantap. Kita telah melakar satu pencapaian pada tahun lalu, tetapi pencapaian itu hanyalah satu permulaan sahaja. Justeru, kita harus sama-sama memikul tugas untuk mengekalkan momentum tersebut ke dalam tahun 2014 dan pada tahun-tahun akan datang. Saya berterima kasih kepada anda sekalian. YB Tan Sri Haji Mohd Isa Dato’ Haji Abdul Samad Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad 23

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=