FGV Annual Report 2013

Mempertingkatkan Produktiviti dan Kecekapan. Kumpulan menggunakan pendekatan komersil yang berdaya maju bagi mempertingkatkan produktiviti dan kecekapannya. LLA yang ditandatangani dengan FELDA juga bermakna bahawa kini Kumpulan boleh mendorong penambahbaikan kecekapan secara langsung dan membuat keputusan peruntukan modal yang sesuai dalam beberapa bidang seperti penggunaan baja, penanaman semula danmemanfaatkan teknologi bagi mempertingkatkan produktiviti serta kecekapan di seluruh rantaian nilai kita. Kira-kira 53 peratus daripada pokok kelapa sawit kita telah melepasi umur matang dan dengan demikian sedia untuk ditanam semula dengan benih tanaman Yangambi Felda. Kita komited terhadap pelan agresif untuk menanam semula 15,000 hektar setiap tahun yang bersamaan dengan saiz 18,181 padang bola sepak diiktiraf FIFA. Pada kadar tanaman semula ini, kita berharap untuk menambahbaik profil usia pokok kelapa sawit kepada secara purata 12 tahun menjelang tahun 2019, di mana padamasa itu, Kumpulan bolehmengharapkan kenaikan yang bermakna daripada hasil yang lebih tinggi. Bahagian R&D Kumpulan memainkan peranan penting secara berterusan dalam usaha kita meningkatkan hasil dan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran setiap unit dan pada masa yang sama, memastikan kemampanan alam sekitar. ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN FGV telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan sejak beberapa tahun lepas dan kejayaan yang serupa turut dicapai pada tahun 2013. Pada tahun lepas, kita menerima Anugerah Frost and Sullivan Malaysia di bawah kategori Syarikat Perladangan Kelapa Sawit sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang Kumpulan di Malaysia. Sebagai sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang terkemuka di Malaysia, Kumpulan telah diberi anugerah Brand Laureate SME’s Signature Award di bawah kategori Anugerah Jenama Terbaik dalam Benih Kelapa Sawit Bercambah sebagai pengiktirafan terhadap bahan tanaman Felda Yangambi. Felda Yangambi telah menjadi jenama ikon bagi benih sawit dan bahan tanaman paling dikehendaki di Malaysia. Kumpulan juga mendapat Anugerah Merit bagi Laporan Tahunan 2012 di majlis penyampaian Anugerah Laporan Korporat Tahunan (NACRA), anjuran bersama Bursa Malaysia Berhad, Institut Akauntan Malaysia dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia. PROSPEK DAN MASA DEPAN Berlatarkan ekonomi global yang bertambah baik secara berperingkat, Kumpulan secara berhati-hati kekal optimistik bahawa harga MSM akan menikmati kenaikan pada tahun 2014. Menurut sesetengah pakar dan penganalisis industri, harga MSM akan secara purata berlegar di paras RM2,600 setiap tan iaitu RM200 lebih tinggi berbanding harga pada tahun 2013. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah pelaksanaan program biodiesel Indonesia dan Malaysia yang mungkin boleh mengakibatkan kehabisan inventori lebihan serta mengurangkan bekalan MSM ke pasaran dunia. Felda Global Ventures Holdings Berhad 21

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=