FGV Annual Report 2013
Keuntungan daripada segmen Penyelidikan & Pembangunan dan Perkilangan, Logistik dan Lain-lain (MLO) susut pula sebanyak 45.6 peratus kepada RM186.8 juta pada tahun 2013. Ini disebabkan terutamanya oleh pengurangan pendapatan penyelidikan dan pembangunan sebanyak 34.1 peratus, pengurangan margin baja sebanyak 12 peratus berikutan penurunan harga jualan puratanya serta kejatuhan jumlah jualan baja kompaun sebanyak 5 peratus. Pertumbuhan yang ditampilkan dalam kunci kira-kira jelas membuktikan kita kekal sebagai sebuah syarikat yang teguh dan kukuh dari segi kewangan. Selain menikmati pertumbuhan operasi dalaman, pengambilalihan FHB dan Pontian United Plantations Berhad (PUP) telah menyumbang peningkatan Dana Pemegang Saham Kumpulan sebanyak RM6.57 bilion berbanding RM6.10 bilion pada tahun 2012. Pendapatan tersimpan Kumpulan mencatatkan peningkatan kepada RM1.65 bilion berbanding RM1.19 bilion tahun sebelumnya. Sementara itu, Pulangan ke atas Dana Pemegang Saham pula mencapai 14.9 peratus berbanding 13.2 peratus pada tahun 2012, hasil peningkatan Aset Ketara Bersih (AKB) kepada RM1.56 sesaham berbanding RM1.48 sebelumnya. Sebagai peneraju perladangan, ragam permintaan dan bekalan di pasaran serta turun naik harga MSM menghadkan potensi harga saham FGV untuk meningkat. Pada tahun 2013, saham kita diniagakan di paras serendah RM4.11 pada 3 Oktober 2013 dan kemudian meningkat setinggi RM4.77 pada 12 Mac 2013 sebelum ditutup pada harga RM4.49 pada tahun tersebut. Kaunter syarikat senarai awam berasaskan minyak sawit yang lain juga tidak menampilkan prestasi yang lebih baik berbanding kita. Justeru, kita sedang mengambil beberapa langkah untuk membendung kesan turun naik harga MSM dengan mempelbagaikan ke dalam komoditi lain seperti getah dan gula. Selain turun naik harga di pasaran yang hanya bersifat sementara, para pelabur jangka panjang pasti mengenali nilai intrinsik di sebalik saham FGV dan menghargai usaha kita merealisasi sepenuhnya potensi yang ditawarkan oleh Kumpulan pada masa depan. DIVIDEN Sejajar dengan komitmen Kumpulan untuk menyampaikan nilai pemegang saham, Lembaga Pengarah dengan ini mencadangkan pembayaran dividen akhir sebanyak 10 sen sesahamberjumlah RM364.8 juta, tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. Pembayaran ini adalah tambahan kepada pembayaran dividen interim sebanyak enam sen sesaham yang diisytihar pada bulan Disember 2013, menjadikan pembayaran dividen bagi TK 2013 berjumlah RM583.7 juta. Jumlah yang diisytihar adalah kira-kira 60 peratus daripada keuntungan bersih Kumpulan selepas kepentingan minoriti dan lebih tinggi dari jumlah 50 peratus pembayaran yang dijanjikan dalam prospektus IPO. Pembayaran dividen ini dijangka akan memanfaatkan kira-kira 50,000 pemegang saham, termasuk 112,635 peneroka FELDA yang merupakan pemegang saham FGV melalui Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd. MEMAKSI PERTUMBUHAN BAHARU FGV tersenarai antara 30 syarikat terkemuka di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran berjumlah RM16.6 bilion. Operasi bersepadu Kumpulan merentasi seluruh rantaian nilai minyak sawit, di mana perniagaan perladangan huluan kita disokong dengan mantap oleh usaha niaga di peringkat pertengahan dan hilirannya. Melalui dua kilang penapisan yang dimiliki, kita muncul sebagai pengeluar gula halus terbesar di Malaysia dengan bahagian pasaran sebanyak 57 peratus. Kita juga telah mewujudkan kehadiran yang teguh di peringkat dunia dengan operasi lebih 10 buah negara merentasi empat benua. Sebagai satu jenama, FGV telah berjaya menyerlahkan kewibawaannya di kalangan komuniti pelabur antarabangsa. Bermula daripada kedudukan yang teguh ini, GSB kita membuka laluan kepada Kumpulan untuk mentransformasi dirinya menjadi sebuah gedung asas tani yang terkemuka di dunia. Aspek utama dalam GSB memfokus tumpuan kita kepada usaha memperhebat pengambilalihan, meluaskan keupayaan hiliran, menambahbaik kecekapan operasi serta produktiviti dan mengguna pakai kepakaran R&D kita yang ekstensif di seluruh rantaian nilai industri. Beberapa langkah korporat utama telah dilaksanakan pada tahun ini bagi menyokong pertumbuhan masa depan Kumpulan. Pengambilalihan Huluan. Pertumbuhan organik hanya membawa Kumpulan kita setakat ini. Sejajar dengan rancangan Kumpulan untuk meluaskan perniagaan huluan perladangannya, kita mengakui bahawa cara yang terbaik untuk maju ialah dengan melaksanakan pengambilalihan strategik, terutamanya gandingan tanah greenfield atau brownfield yang akan meningkatkan pendapatan tambahan atau yang menjana aliran tunai secara positif dengan serta-merta. Kita teliti dalam memastikan pengambilalihan prospek ini tidak melibatkan kawasan pemuliharaan atau hutan paya bakau supaya ekosistemnya yang unik kekal terpelihara. Felda Global Ventures Holdings Berhad 15
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=