FGV Annual Report 2013

Kumpulan FGV mempunyai beberapa entiti dikawal bersama dan syarikat bersekutu. Proses pengurusan risiko, tinjauan audit dalaman dan sistem kawalan dalaman Kumpulan tidak tertakluk kepada entiti dikawal bersama dan syarikat bersekutu di mana Kumpulan tidak mempunyai kawalan pengurusan sepenuhnya. SEMAKAN PENYATA OLEH JURUAUDIT LUAR Seperti yang dikehendaki oleh Perenggan 15.23 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, juruaudit luar telah menyemak Penyata Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman ini. Semakan mereka dilaksanakan selaras dengan Panduan Amalan yang Disyorkan (RPG) 5 (Disemak Semula) yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia. RPG 5 (Disemak Semula) tidak memerlukan juruaudit luar untuk membentuk pendapat mengenai kecukupan dan keberkesanan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman Kumpulan. KESIMPULAN Berdasarkan proses dan langkah yang diambil menerusi Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa-jawatankuasanya sepanjang tahun kewangan serta jaminan yang disediakan oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Lembaga Pengarah berpendapat bahawa sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman seperti yang dinyatakan di dalam Penyata ini telah beroperasi dengan secukupnya dan berkesan, bagi semua aspek penting, dalam mengurangkan risiko-risiko utama Kumpulan. Lembaga Pengarah akan terus mengambil tindakan bersesuaian bagi mengekalkan dan di mana perlu, akanmemperbaiki pengurusan risiko Kumpulan dan sistemkawalan dalamannya untuk memenuhi matlamat Kumpulan. Terdapat tumpuan berterusan terhadap langkah-langkah untuk melindungi nilai pemegang saham dan kemampanan perniagaan. Penyata ini disediakan selaras dengan resolusi Lembaga Pengarah bertarikh 29 April 2014. The FGV Group has several jointly controlled entities and associates. The Group’s risk management process, internal audit review and internal control system do not apply to jointly controlled entities and associates where the Group does not have full management control. REVIEW OF THE STATEMENT BY EXTERNAL AUDITORS As required by Paragraph 15.23 of the Bursa Malaysia Securities Berhad Main Market Listing Requirements, the external auditors have reviewed this Statement on Risk Management and Internal Control. Their review was performed in accordance with Recommended Practice Guide (RPG) 5 (Revised) issued by the Malaysian Institute of Accountants. RPG 5 (Revised) does not require the external auditors to form an opinion on the adequacy and effectiveness of the risk management and internal control systems of the Group. CONCLUSION Based on the processes and measures undertaken by the Board and its Committees during the financial year and assurance provided by the Group President/Chief Executive Officer and Group Chief Financial Officer, the Board is of the view that the risk management and internal control system as described in this Statement is operating adequately and effectively, in all material aspects, to mitigate the Group’s major risks. The Board continues to take pertinent measures to sustain and, where required, to improve the Group’s risk management and internal control systems tomeet the Group’s objectives. There is continual focus on measures to protect shareholder value and business sustainability. This statement is made in accordance with a resolution of the Board of Directors dated 29th April 2014. Felda Global Ventures Holdings Berhad 157

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=