FGV Annual Report 2013

Profit After Tax Keuntungan Selepas Cukai RM1.1 Billion/ Bilion + 30.2 % Saya berharap anda sekalian akan meneruskan perjalanan ini bersama kami untuk merealisasi sepenuhnya potensi yang ditawarkan oleh Kumpulan dan memanfaatkan sebaik mungkin peluang pertumbuhan yang terbentang luas baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia. PRESTASI KEWANGAN YANG MEMUASKAN Walaupun berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang mencabar dan tekanan harga minyak sawit mentah (MSM), saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kumpulan mampu menyampaikan prestasi kewangan yang memuaskan. Bagi tahun kewangan yang ditinjau, Kumpulan mencatatkan KSC daripada operasi berterusan sebanyak RM1.1 bilion yang merupakan peningkatan ketara sebanyak 30.2 peratus berbanding pencapaian pada tahun kewangan sebelumnya. Ia diperoleh daripada hasil sebanyak RM12.6 bilion yang mencatatkan kejatuhan kecil berbanding RM12.9 bilion yang dicapai sebelumnya. Pengurangan hasil ini telah disebabkan terutamanya oleh penurunan harga purata MSM dan buah tandan segar (BTS) yang direalisasi pada tahun 2013, diikuti dengan kenaikan kos operasi; paling ketara penguatkuasaangajiminimumpada bulan Julai. Ia jugamenggambarkan pengurangan sumbangan daripada syarikat bersekutu dan usahasama Kumpulan serta kerugian daripada penamatan operasi Bunge ETGO. Keuntungan bersih Kumpulan mengambilkira keuntungan sebanyak RM328.3 juta yang timbul daripada pengambilalihan Felda Holdings Bhd (FHB) dan keuntungan sebanyak RM494.5 juta dalam nilai saksama liabiliti Perjanjian Pajakan Tanah (LLA). Pada tahun yang ditinjau, keuntungan segmen perladangan teras FGV meningkat kepada RM1,181.4 juta berbanding RM1,118.7 juta yang dicapai pada tahun sebelumnya, walaupun berdepan dengan kejatuhan harga MSM yang secara purata mencapai harga RM2,333 setiap tan metrik pada tahun 2013 berbanding RM2,843 setiap tan metrik pada tahun 2012. Peningkatan jumlah eksport gula halus dan kos pembelian serta pemprosesan yang rendah telah membantu memulihkan kembali segmen gula kita yang mencatatkan keuntungan sebanyak 23.8 peratus kepada RM387.2 juta pada tahun 2013. Pengurangan kos jualan juga membolehkan margin kasar lebih tinggi sebanyak 20.2 peratus dicapai pada tahun yang ditinjau, berbanding 16.3 peratus pada tahun sebelumnya. Kerugian yang dialami oleh segmen hiliran kita terus meningkat, daripada kerugian sebanyak RM12.04 juta pada tahun sebelumnya kepada RM42.6 juta pada tahun 2013. Punca utama kerugian ini adalah margin negatif yang dicapai oleh kegiatan hiliran Kumpulan dan rosot nilai yang telah diambilkira dalam tahun tersebut. Felda Global Ventures Holdings Berhad 13

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=