FGV Annual Report 2013
SEBAGAI ORGANISASI YANG BARU DISENARAIKAN, FUNGSI PERHUBUNGAN PELABUR MENJADI SEMAKIN PENTING BAGI KUMPULAN KERANA IA MENJADI LANDASAN UTAMA BAGI KOMUNIKASI DUA HALA ANTARA SYARIKAT DAN PEMEGANG-pemegang SAHAMNYA. TAHUN 2013 BERMULA DENGAN JABATAN PERHUBUNGAN PELABUR MENERUSKAN AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN SEMASA IPO YANG DISASAR UNTUK MENDIDIK PARA PEMEGANG BERKEPENTINGAN DAN KOMUNITI PELABURAN SECARA UMUM MENGENAI PERNIAGAAN FGV DAN PELAN PERTUMBUHAN. Tahun 2013 bermula dengan cabaran ketika kami mempertimbangkan dan memberi maklumat terkini kepada penganalisis dan pengurus dana tentang impak peristiwa penting yangmempengaruhi perniagaan kami, seperti kemerosotan harga MSM kepada serendah RM2,157 pada 14 Januari 2014, struktur duti cukai eksport MSM yang baharu disemak, penguatkuasaan Pemeriksaan & Kuarantin negara China ke atas MSM yang berkualiti, perlaksanaan dasar upah minimum dan pencerobohan “Tentera Sulu” di Kampung Tanduo yang telah menyebabkan Ops Daulat di Sahabat, Sabah. Kami juga berhadapan dengan pelbagai faktor luaran termasuk pilihan raya umum pada 5 Mei 2013 serta dasar baharu Indonesia berhubung industri minyak sawit. Separuh kedua 2013 menampilkan perkembangan yang lebih menarik dengan pengumuman pengambilalihan yang ditunggu-tunggu oleh FGV, iaitu pengambilalihan loji biodiesel di Kuantan, Pahang, tanah seluas 21,037 di Kalimantan, Indonesia, pengambilalihan Pontian United Plantations Berhad yang melibatkan 15,161 hektar tanah di Sabah dan pengambilalihan 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad daripada Koperasi Permodalan Felda. Sepanjang tahun 2013, pasukan Perhubungan Pelabur terlibat secara aktif dengan komuniti pelaburan dalam dan luar negara untuk memberi penjelasan dan maklumat terkini yang konsisten berhubung prestasi FGV. Pelabur institusi dan penganalisis diberi peluang untuk berhubung secara langsung dengan pengurusan kanan di acara yang biasanya diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Strategi, disokong oleh pasukan Perhubungan Pelabur dan ahli terpilih daripada bahagian perladangan, gula, hiliran dan R&D dan MLO. RINGKASAN AKTIVITI PERHUBUNGAN PELABUR * Pasca IPO 2012 * 2013 Taklimat kepada penganalisis dan pengurus dana 2 6 Lawatan tapak ke kemudahan Kumpulan 4 5 Bilangan persidangan yang dianjurkan oleh institusi kewangan 4 9 Bilangan mesyuarat (mesyuarat 1 kepada 1 di persidangan dan mesyuarat dalaman) 89 83 Bilangan pertemuan dengan penganalisis/pengurus dana semasa mesyuarat dalaman dan persidangan 234 334 Felda Global Ventures Holdings Berhad 105
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=