FGV Annual Report 2012

219 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 42 LIABILITI PERJANJIAN PAJAKAN TANAH (“LLA”) Perjanjian pajakan tanah dikira berdasarkan terma-terma yang dinyatakan dalam perjanjian-perjanjian seperti yang dinyatakan dalam Nota 21(c). Kawasan tanah yang dipajak terdiri daripada ladang kelapa sawit dan kawasan getah. Berdasarkan kawasan dipajak yang dipersetujui, jumlah pajakan tetap tahunan yang perlu dibayar dianggarkan RM248,481,322 setahun berserta 15% peratus daripada keuntungan operasi perladangan daripada tanah tersebut setiap tahun. 2012 2011 RM’000 RM’000 Bukan semasa 5,167,831 – Semasa 496,938 – 5,664,769 – Pergerakan dalam liabiliti LLA adalah seperti berikut: 2012 2011 RM’000 RM’000 Pada 1 Januari – – Pengambilalihan estet perladangan (Nota 21(c)) 5,842,694 – Perubahan nilai saksama dicaj kepada untung atau rugi 210,178 – Bayaran balik semasa tahun kewangan (388,103) – Pada 31 Disember 5,664,769 – Nilai saksama liabiliti LLA telah diukur menggunakan pengiraan aliran tunai yang didiskaunkan dengan menggunakan unjuran aliran tunai berdasarkan belanjawan kewangan yang diluluskan oleh para Pengarah yang meliputi 99 tahun. Andaian penting yang digunakan untuk mengira nilai saksama liabiliti LLA adalah seperti berikut: (i) Kadar diskaun tersirat 9.47% berdasarkan kadar diskaun yang digunakan oleh syarikat-syarikat setanding yang berkaitan (ii) Harga MSM RM2,468/MT hingga RM3,050/MT (iii) Harga FFB RM526/MT hingga RM634/MT (iv) Hasil Purata FFB (MT/ha) 18.3/MT hingga 26.9/MT (v) Kos tetap penanaman semula estet • Matang – RM2,380 sehektar berdasarkan kitaran 25 tahun untuk kelapa sawit • Belum matang – RM6,346 sehektar berdasarkan kitaran 25 tahun untuk kelapa sawit (vi) Tempoh pajakan Lanjutan tempoh pajakan sehingga 99 tahun akan diperolehi untuk semua tanah dalam estet perladangan Sensitiviti liabiliti LLA terhadap perubahan dalam andaian penting adalah seperti berikut: Andaian penting Perubahan dalam andaian Kesan ke atas liabiliti LLA (i) Kadar diskaun Meningkat sebanyak 0.5% Menurun sebanyak RM142,000,000 Menurun sebanyak 0.5% Meningkat sebanyak RM160,000,000 (ii) Harga MSM Meningkat/menurun sebanyak Meningkat/menurun sebanyak RM37,000,000 RM100 satu tan metrik (iii) Peningkatan/pengurangan hasil FFB Meningkat/menurun sebanyak 1% Meningkat/menurun sebanyak RM25,034,591 (iv) Perubahan jumlah hektar yang Meningkat/menurun sebanyak 1,000 ha Meningkat/menurun sebanyak RM7,000,000 ditanam di bawah LLA# # Perubahan dalam keluasan kawasan tanah berikutan pelarasan yang timbul daripada pelaksanaan berterusan penyelarasan tanah bagi memastikan kawasan tanah yang tepat sebagaimana yang diperuntukkan oleh LLA, yang mana dijangka siap pada Julai 2013.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=