FGV Annual Report 2012
214 Felda Global Ventures Holdings Berhad 34 SAHAM KEUTAMAAN BOLEH TUKAR BOLEH TEBUS TANPA UNDIAN (“RCPS”) DAN SAHAM KEUTAMAAN BOLEH TUKAR TERKUMPUL BOLEH TEBUS TANPA UNDIAN (“RCCPS”) (sambungan) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 (sambungan) Terma-terma penting RCCPS adalah seperti berikut: (i) Dividen yang perlu dibayar adalah berdasarkan prestasi sesuatu pelaburan yang akan diisytiharkan oleh Lembaga Pengarah Kumpulan dan Syarikat seperti yang dirasakan wajar; (ii) Pemegang RCCPS tidak mempunyai hak untuk mengundi di mana-mana mesyuarat agung kecuali seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2 Perjanjian Langganan; (iii) Pemegang RCCPS layak untuk menukar sebahagian atau kesemua RCCPS kepada saham-saham biasa bernilai RM1 setiap satu pada kadar satu RCCPS untuk satu saham biasa baru bernilai RM1 setiap satu diterbitkan dan dibayar penuh pada atau sebelum penebusan; dan (iv) Syarikat akan mempunyai hak pada bila-bila masa untuk menebus kesemua atau sebahagian untuk RM1 bagi setiap RCCPS yang diterbitkan. 35 PREMIUM SAHAM Kumpulan dan Syarikat 2012 2011 RM’000 RM’000 Pada 1 Januari 881,783 984,342 Penebusan RCPS/RCCPS (881,783) (102,559) Premium saham diiktiraf bersama IPO* 3,371,685 – Pada 31 Disember 3,371,685 881,783 * Premium saham diiktiraf bersama IPO adalah seperti berikut: Kumpulan dan Syarikat 2012 RM’000 Premium saham yang timbul daripada penerbitan 980,000,000 saham biasa baru yang diterbitkan dengan nilai tara RM1 setiap satu pada nilai saksama RM4.55 sesaham (i) 3,453,277 Pembayaran berasaskan saham yang berkaitan dengan 257,229,800 saham diterbitkan pada RM4.45 sesaham (ii) 25,723 Perbelanjaan terbitan saham (iii) (107,315) 3,371,685 (i) Premium saham terdiri daripada 980,000,000 saham biasa baru yang diterbitkan dengan nilai tara RM1 setiap satu pada nilai saksama RM4.55 sesaham bersama dengan penyenaraian dan sebut harga saham-saham Syarikat di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. (ii) Daripada 980,000,000 saham-saham biasa baru yang diterbitkan, 257,229,800 saham telah diterbitkan pada harga terbitan RM4.45 sesaham. Perbezaan di antara nilai saksama dan harga terbitan telah diiktiraf sebagai bayaran berasaskan saham seperti yang dinyatakan di bawah: Kumpulan dan Syarikat 2012 RM’000 Nilai saksama saham diterbitkan pada RM4.55 sesaham 1,170,396 Harga terbitan saham pada RM4.45 sesaham (1,144,673) Bayaran berasaskan saham 25,723 (iii) Perbelanjaan terbitan saham yang terdiri daripada yuran taja jamin, yuran penempatan dan yuran pembrokeran berjumlah RM107,315,000 berhubung dengan IPO itu telah ditolak daripada akaun premium saham pada tahun kewangan selaras dengan Seksyen 60 Akta Syarikat, 1965. Premium saham tidak boleh diagihkan sebagai dividen tunai. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=