FGV Annual Report 2012
212 Felda Global Ventures Holdings Berhad 33 MODAL SAHAM (sambungan) Modal saham dibenarkan Pada 1 Januari 2012, modal saham dibenarkan Syarikat adalah RM2,012,500,000 yang terdiri daripada 2,000,000,000 saham biasa RM1 setiap satu dan 1,250,000,000 RCPS dan RCCPS RM0.01 setiap satu. Pada 16 Mei 2012, modal saham dibenarkan Syarikat dinaikkan daripada RM2,012,500,000 kepada RM4,000,000,001 yang terdiri daripada 4,000,000,000 saham biasa RM1 setiap satu dan 1 saham biasa RM1 setiap satu. (i) Pada 17 Mei 2012, modal saham diterbitkan dan dibayar penuh Syarikat dinaikkan daripada RM1,767,612,000 kepada RM2,668,151,500 yang terdiri daripada 2,668,151,500 saham biasa RM1 setiap satu dengan menukar 329,949,500 RCPS dan 570,590,000 RCCPS pada nilai nominal RM0.01 setiap satu dan premium RM0.99 setiap satu kepada 900,539,500 saham biasa baru RM1.00 setiap satu. (ii) Pada 26 Jun 2012, sejajar dengan penyenaraian, Syarikat telah menaikkan modal diterbitkan dan berbayarnya daripada RM2,668,151,501 kepada RM3,648,151,501 menerusi terbitan awam 980,000,000 saham biasa baru RM1 setiap satu. Saham khas Pada 21 Mei 2012, Syarikat telah menerbitkan satu saham khas RM1.00, yang menghasilkan peningkatan dalam modal diterbitkan dan berbayar Syarikat iaitu daripada RM2,668,151,500 kepada RM2,668,151,501. Saham khas itu dipegang oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). Saham khas yang dipegang oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) memiliki ciri-ciri berikut: (a) Saham Khas boleh dipegang hanya oleh atau dipindahkan hanya kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau penggantinya atau mana-mana Menteri, wakil atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Kerajaan Malaysia untuk bertindak bagi pihaknya. (b) Pemegang Saham Khas berhak dari masa ke semasa untuk melantik mana-mana Pengarah yang sedia ada untuk menjadi Pengarah Dilantik Kerajaan supaya tidak terdapat lebih daripada tiga (3) Pengarah Dilantik Kerajaan pada satu-satu masa dan Pengarah Dilantik Kerajaan itu hendaklah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif dan satu (1) Pengarah. (c) Pemegang Saham Khas atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Pemegang Saham Khas berhak untuk menerima notis dan untuk hadir dan bercakap di semua mesyuarat agung atau mana-mana mesyuarat lain bagi sebarang kelas atau pemegang saham Syarikat, tetapi Saham Khas itu tidak mempunyai hak untuk mengundi atau sebarang hak lain pada mana-mana mesyuarat. (d) Pemegang Saham Khas boleh, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta, meminta Syarikat menebus Saham Khas tersebut pada nilai tara pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada Syarikat dan menghantar sijil saham yang berkenaan. (e) Dalam pengagihan modal dalam penggulungan Syarikat, Pemegang Saham Khas berhak untuk pembayaran balik modal berbayar atas Saham Khas tersebut mendahului pembayaran balik modal kepada mana-mana Ahli lain. Saham Khas itu tidak memberi hak lain untuk mengambil bahagian dalammodal atau keuntungan Syarikat. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=