FGV Annual Report 2012
207 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 28 ASET BIOLOGI (sambungan) Ujian rosot nilai bagi aset biologi – bukan semasa Semasa tahun kewangan, beberapa kawasan tanaman yang dirancang untuk penanaman semula dengan tanaman lain telah dikenalpasti sebagai petunjuk agar ujian rosot nilai dijalankan bagi aset biologi yang terlibat. Jumlah boleh diperoleh semula bagi aset biologi kawasan tanaman yang terlibat, setiap satunya dikenalpasti sebagai CGU berasingan, ditetapkankan berdasarkan nilai dalam penggunaan yang mana lebih tinggi dengan menggunakan pengiraan aliran tunai didiskaun menggunakan unjuran aliran tunai berdasarkan belanjawan kewangan yang telah diluluskan oleh para Pengarah untuk tempoh sehingga perubahan tanaman. Andaian penting yang digunakan bagi nilai dalam penggunaan adalah seperti berikut: (a) Kadar diskaun 11.5%, mencerminkan risiko khusus industri berkaitan perniagaan penanaman yang diselaraskan untuk risiko lain bagi kawasan tanaman, contohnya, saiz dan usia. (b) Andaian-andaian penting lain yang serupa dengan andaian-andaian penting yang digunakan untuk mengira nilai saksama liabiliti LLA (rujuk Nota 42). Berdasarkan penilaian yang telah dijalankan, dengan menggunakan andaian-andaian penting di atas, Kumpulan telah mengiktiraf jumlah rosot nilai sebanyak RM4,316,000 yang dicatatkan sebagai kerugian rosot nilai dalam kos jualan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Baki jumlah bawaan adalah tertakluk kepada susut nilai yang dipercepatkan dalam tempoh sehingga tahun di mana terdapat rancangan penanaman semula dengan tanaman lain. 29 INVENTORI Kumpulan 2012 2011 RM’000 RM’000 Kos Bahan mentah 476,677 272,901 Kerja dalam pelaksanaan 21,901 27,358 Barangan siap 74,692 87,477 573,270 387,736 Pada nilai realisasi bersih: Barangan siap 24,397 43,057 597,667 430,793
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=