FGV Annual Report 2012
204 Felda Global Ventures Holdings Berhad 27 JUMLAH BELUM BAYAR DARIPADA/(KEPADA) PEMEGANG SAHAM PENTING, ANAK-ANAK SYARIKAT, ENTITI-ENTITI KAWALAN BERSAMA, SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DAN LAIN-LAIN SYARIKAT BERKAITAN (sambungan) Jumlah belum bayar daripada/(kepada) pemegang saham penting adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan tanpa tempoh tetap pembayaran balik. Jumlah belum bayar daripada/(kepada) anak-anak syarikat, entiti kawalan bersama dan syarikat-syarikat bersekutu adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan memiliki terma pembayaran balik antara 30 hingga 60 hari. Pada 9 Disember 2011, TRT ETGO telah memeterai perjanjian kredit dengan entiti kawalan bersamanya, Bunge ETGO L.P. di mana ia bersetuju untuk menyediakan komitmen pusingannya kepada entiti kawalan bersama itu. Tempoh kredit adalah dua tahun, yang berakhir pada 9 Disember 2013, pada kadar faedah LIBOR Kanada tambah 3%. Jumlah yang digunakan oleh entiti kawalan bersama tersebut pada 31 Disember 2012 adalah berjumlah RM75,306,000 (2011: RM45,520,000). Jumlah belum bayar kepada syarikat berkaitan adalah tidak bercagar, tanpa faedah dan perlu dibayar balik antara 60 hingga 120 hari (2011: 60 hingga 120 hari). Syarikat 2012 2011 RM’000 RM’000 Jumlah belum bayar daripada anak-anak syarikat: Pada 1 Januari 197,179 175,512 Penurunan diskaun 139 2,929 Pendahuluan kepada anak-anak syarikat 1,180,417 18,986 Penukaran kepada RCPS/RCCPS # (Nota 21) (1,338,532) – Pelarasan nilai saksama 244 (248) Pada 31 Disember 39,447 197,179 Dianalisis sebagai: Syarikat 2012 2011 RM’000 RM’000 Bukan semasa – 6,910 Semasa 39,447 190,269 39,447 197,179 # Pada 31 Disember 2012, Syarikat telah melanggan 1,142,038,242 RCPS bernilai RM0.01 setiap satu daripada Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (“FGVD”), anak-anak syarikat milik penuh Syarikat, dengan menukar jumlah belum terima daripada FGVD berjumlah RM1,142,038,242. Pada 31 Disember 2012, Syarikat telah melanggan 196,493,801 RCPS bernilai RM0.01 setiap satu daripada Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd (“FGVP”), anak-anak syarikat milik penuh Syarikat, dengan menukar jumlah belum bayar daripada FGVP berjumlah RM196,493,801. Jumlah belumbayar daripada/(kepada) pemegang sahampenting, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu dan lain-lain syarikat berkaitan adalah didenominasi dalam Ringgit Malaysia. Jumlah belum bayar kepada entiti kawalan bersama disebut dalam Dolar Kanada. Jumlah belum bayar daripada entiti kawalan bersama disebut seperti berikut: Kumpulan 2012 2011 RM’000 RM’000 – Ringgit Malaysia 242,918 – – Dolar Kanada 75,306 45,520 318,224 45,520 Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=