FGV Annual Report 2012
201 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 25 PINJAMAN BELUM TERIMA DARIPADA SYARIKAT BERKAITAN (sambungan) Pinjaman belum terima daripada syarikat berkaitan, Felda Iffco Inc. (“FINA”), anak-anak syarikat sebuah entiti kawalan bersama, FISB, didenominasi dalam USD, tidak bercagar, dicaj pada kadar faedah pasaran 8% (2011: 8%) setahun dan perlu dibayar balik dalam lima ansuran tahunan berjumlah RM9,309,000 bermula 30 Disember 2010. Pada 2012, FINA memaklumkan kepada Kumpulan mengenai kedudukan kewangannya dan memohon agar terma nota janji diubahsuai dengan membenarkan FINA menunda bayaran yang sepatutnya dibuat pada 30 Disember 2012 hingga 31 Disember 2013 dan melanjutkan terma pembayaran balik dengan tambahan satu tahun daripada nota janji asal. Pada 14 Januari 2013, Kumpulan telah bersetuju dengan pindaan ini. Pada 31 Disember 2012, pinjaman belum terima daripada sebuah syarikat berkaitan adalah telah mengalami kemerosotan dan diperuntukan sepenuhnya disebabkan oleh kekangan kewangan yang dihadapi oleh FINA dan kemungkinan yang rendah untuk menjana aliran tunai yang mencukupi bagi membolehkan pembayaran balik pada tahun-tahun akan datang. 26 BELUM TERIMA Kumpulan Syarikat 2012 2011 2012 2011 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Aset bukan semasa Pra-bayaran^ 8,198 – – – Aset semasa Penghutang dagangan* 490,537 305,466 – – Ditolak: Peruntukan rosot nilai – (79) – – 490,537 305,387 – – Lain-lain belum terima 84,479 67,897 1,903 636 Dividen belum terima 88,091 6,172 297,313 6,172 Pra-bayaran@ 77,403 16,237 1,733 53 Deposit# 2,255 7,888 98 98 742,765 403,581 301,047 6,959 Jumlah 750,963 403,581 301,047 6,959 ^ Pada 9 Mei 2012, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (“KGFP”), anak syarikat milik Syarikat, telah memeterai Perjanjian Pra-Bekalan (“PSA”) dengan Gas Malaysia Berhad (“GMB”) untuk tujuan mendapatkan bekalan gas sejajar dengan rancangannya untuk menukar dandang Biomas miliknya kepada Dandang Gas Asli. Terma-terma dan syarat-syarat PSA itu menyatakan bahawa GMB akan melaksanakan pembinaan saluran paip pengagihan gas serta kemudahan meter dan KGFP perlu membayar kos pembinaan berjumlah RM8,198,000. Bayaran itu telah dibuat pada bulan Ogos 2012 dan kini diklasifikasi sebagai bayaran pendahuluan dalam penyata kedudukan kewangan. Pada 31 Disember 2012, pembinaan tersebut adalah 40% siap dan dijangka sedia untuk kegunaan pada Januari 2014. @ Termasuk dalam bayaran pada 31 Disember 2012 adalah bayaran pendahuluan untuk bayaran LLA berjumlah RM62, 120,000 kepada pemegang saham penting, berkaitan dengan permulaan LLA. # Termasuk dalam deposit pada 31 Disember 2011 adalah deposit untuk 35% pertimbangan pembelian berjumlah RM5,775,000 yang dibayar oleh Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd (“FGVK”), anak syarikat milik Syarikat, berhubung dengan pengambilalihan 95% kepentingan ekuiti dalam PT Citra Niaga Perkasa. * Termasuk dalam penghutang perdagangan adalah subsidi gula yang diterima daripada Kerajaan Malaysia berjumlah RM26,147,000 (2011: RM21,107,000).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=