FGV Annual Report 2012
199 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 23 KEPENTINGAN DALAM ENTITI-ENTITI KAWALAN BERSAMA (sambungan) Butiran mengenai entiti-entiti kawalan bersama, dengan tahun kewangan berakhir 31 Disember, adalah seperti berikut: (sambungan) Kerugian rosot nilai atas pelaburan dalam entiti kawalan bersama (a) Felda Iffco Sdn Bhd (“FISB”) Pada 31 Disember 2012, pelaburan Kumpulan dalam entiti kawalan bersama, FISB telah diuji untuk rosot nilai disebabkan kerugian berterusan yang ditanggung, yang merupakan satu penilaian semula bagi ujian rosot nilai yang dijalankan pada 2011. Pelaburan dalam FISB dirangkumkan dalam segmen Hiliran. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam FISB. Jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam FISB dikira menggunakan kaedah nilai saksama tolak kos untuk menjual (2011: nilai saksama tolak kos untuk menjual) berdasarkan unjuran aliran tunai bagi CGU dalam Kumpulan FISB, yang dijangka dibahagikan kepada dengan pemegang ekuiti. Andaian penting yang digunakan untuk menentukan jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam FISB adalah seperti berikut: 2012 2011 Margin kasar 1.6% – 9.5% 2% – 3% Kadar pertumbuhan nilai terminal 3% – 5% 3% Kadar diskaun 9% – 16% 9% Hasil penilaian rosot nilai itu, Kumpulan telah mengiktiraf kerugian rosot nilai sebanyak RM25,000,000 (2011: RM14,700,000) yang dicatatkan dalam untung atau rugi bagi pelaburan dalam entiti kawalan bersama. Berdasarkan analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Kumpulan, kesan peningkatan 1% dalam kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian penting akan menyebabkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak lebih kurang RM27,286,000. Penurunan 1% dalam kadar pertumbuhan nilai terminal akan menyebabkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak lebih kurang RM22,781,000. (b) Trurich Resources Sdn Bhd (“Trurich”) Pada 31 Disember 2012, pelaburan Kumpulan dalam entiti kawalan bersama, Trurich telah diuji untuk rosot nilai disebabkan kerugian yang ditanggung. Penilaian rosot nilai itu memerlukan anggaran jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam Trurich. Jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam Trurich dikira menggunakan kaedah nilai dalam kegunaan berdasarkan unjuran aliran tunai bertempoh dua puluh lima tahun sejajar dengan satu kitaran penanaman pokok kelapa sawit yang akan diagihkan kepada dengan pemegang ekuiti. Andaian penting yang digunakan untuk menentukan jumlah boleh diperoleh semula bagi pelaburan dalam Trurich adalah seperti berikut: 2012 Margin kasar 29% – 46% Kadar diskaun 10% Hasil penilaian rosot nilai itu, tiada rosot nilai diiktiraf kerana jumlah boleh diperoleh semula CGU melebihi jumlah bawaan. Pihak pengurusan percaya bahawa tiada kemungkinan perubahan akan berlaku dalam mana-mana andaian penting di atas yang akan menyebabkan jumlah bawaan CGU melebihi jumlah boleh diperoleh semula.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=