FGV Annual Report 2012
188 Felda Global Ventures Holdings Berhad 21 PELABURAN DALAM ANAK-ANAK SYARIKAT (sambungan) (c) Pengambilalihan estet perladangan (i) Perjanjian Pajakan Tanah (“LLA”) Syarikat telah memeterai perjanjian dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (“FELDA”) pada 1 November 2011 untuk pajakan bertempoh 99 tahun (i) tanah dengan hak milik tanah individu yang dikeluarkan kepada FELDA sebagai pemilik berdaftar (ii) tanah sedia ada yang diberikan kepada FELDA untuk pembangunan, tetapi di mana hak milik tanah individu belum dikeluarkan kepada FELDA dan (iii) tanah lain yang akan diberi milik atau diambil oleh FELDA pada masa hadapan. (ii) LLA Tambahan Pada 2 Januari 2012, Syarikat telah memeterai addendum kepada LLA (“LLA Tambahan”) untuk mengambilalih aset dan liabiliti tertentu selain daripada aset biologi estet perladangan yang dimiliki oleh FELDA untuk pertimbangan pembelian yang setara dengan nilai bawaan aset dan liabiliti yang diambilalih pada 31 Disember 2011 berjumlah RM54,690,000, menghapuskan keperluan untuk persetujuan Pihak Berkuasa Negeri sebelum bermulanya LLA dan meminda takrif kategori aset yang perlu dikekalkan oleh Syarikat. Hasilnya, LLA bermula pada 1 Januari 2012. (iii) Perjanjian Novasi Pada 6 Januari 2012, sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula, FELDA, Syarikat dan Felda Global Ventures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (“FGVPM”), sebuah anak syarikat milik Syarikat telah memeterai satu perjanjian novasi di mana semua manfaat, hak, hakmilik, kepentingan, tanggungjawab, aku janji, perjanjian dan liabiliti Syarikat di bawah LLA dan LLA Tambahan dipindahkan oleh Syarikat kepada FGVPM dari 1 Januari 2012 dan FELDA telah bersetuju untuk memindahkan semua manfaat, hak, hakmilik, kepentingan, tanggungjawab, aku janji, perjanjian dan liabiliti Syarikat kepada FGVPM tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian novasi itu. (iv) Perjanjian Sewa • Pada 6 Januari 2012, Felda dan FGVPM memeterai perjanjian sewaan bagi LLA yang mana sewaan ini adalah bagi tempoh permulaan tiga tahun dan apabila habis tempoh tiga tahun, FGVPMmempunyai pilihan untuk memperbaharui sewaan untuk tempoh lanjut iaitu setiap tiga tahun sehingga tempoh selama 99 tahun melainkan jika ditamatkan mengikut peruntukan dalam terma LLA. Pilihan untuk memperbaharui boleh dilaksanakan melalui notis bertulis, atau dengan tatalaku pihak-pihak yang membolehkan lanjutan hakmilik Tanah oleh FGVPM di bawah perjanjian itu. Dalam keadaan di mana kelulusan bagi mana-mana bahagian Tanah diperolehi dari masa ke semasa atau hak milik tanah individu dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri bagi mana-mana bahagian Tanah Tambahan Sedia Ada dan Kelulusan diperolehi, pihak-pihak akan meneruskan untuk mendaftar pajakan selaras dengan LLA, dan selepas itu Tanah yang Diluluskan hendaklah dikecualikan daripada perjanjian ini dan sewaan di dalamnya dan akan jatuh di bawah pajakan dalam LLA. • Pada 21 Januari 2012, FELDA dan FGVPM telah memeterai perjanjian sewaan berkaitan tanah-tanah perladangan tertentu yang terletak hak pada FELDA. Penyewaan ini akan bermula pada 1 Januari 2012 dan akan berkuatkuasa untuk tempoh permulaan tiga tahun. Setelah tamat tempoh tiga tahun perjanjian sewa ini, FGVPM mempunyai pilihan untuk memperbaharui sewaan untuk tempoh lanjutan tiga tahun sehingga tempoh selama 99 tahun kecuali ditamatkan menurut peruntukan-peruntukan LLA dan pada pertimbangan yang dipersetujui yang mencerminkan Pertimbangan Pajakan mengikut LLA. (v) Perjanjian Pengurusan Pada 21 Mei 2012, Perjanjian Sewa yang bertarikh 6 Januari 2012 telah disokong oleh perjanjian tambahan, di mana kedua-dua FELDA dan FGVPM mengakui bahawa pada 1 Januari 2012, FGVPM belum dianggap atau diiktiraf sebagai anak watan bagi tanah-tanah di Sarawak kepada Kanun Tanah Sarawak. Kedua-dua FELDA dan FGVPM bersetuju untuk mengecualikan semua Tanah-tanah Sarawak daripada Perjanjian Sewa dan LLA. Kedua-dua FELDA dan FGVPM bersetuju bahawa tiada pertimbangan pajakan akan dianggap belum bayar bagi Tanah-tanah Sarawak untuk sewaan bagi tempoh bermula dari 1 Januari 2012 hingga FGVPM mendapat status asli, semua Kelulusan telah diperolehi dan sebaik pendaftaran pajakan menurut Kanun Tanah Sarawak. Setelah syarat-syarat yang dinyatakan di atas dipenuhi, Tanah-tanah Sarawak akan dirangkumkan sebagai sebahagian daripada Baki Tanah Sedia Ada dan syarat-syarat LLA akan dipenggunaan dan permohonan perakaunan akan kekal sama seperti dalam LLA. Sekiranya tanah-tanah atau mana-mana bahagiannya pada bila-bila masa menjadi rosot nilai oleh sebarang notis pengambilalihan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, pemberi sewa tidak akan dibayar pampasan bagi kos penamatan. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=