FGV Annual Report 2012
186 Felda Global Ventures Holdings Berhad 21 PELABURAN DALAM ANAK-ANAK SYARIKAT (sambungan) (a) Butiran anak-anak syarikat adalah seperti berikut: (sambungan): * Tidak diaudit oleh PricewaterhouseCoopers, Malaysia atau sekutunya. # Diaudit oleh sekutu PricewaterhouseCoopers, Malaysia. @ Entiti digabungkan sebagai entiti tujuan khas menurut IC 112: Penggabungan – Entiti Tujuan Khas. ** Felda Global Ventures North America Sdn Bhd dan Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd merupakan anak-anak syarikat langsung pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011. (b) Perbadanan, pengambilalihan dan pembubaran anak-anak syarikat ∞ Pada 6 Januari 2012, Syarikat telah memperbadankan Felda Global Ventures Plantations Sdn Bhd (“FGV Plantations”), sebuah syarikat liabiliti sendirian berhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. × Pada 6 Januari 2012, Syarikat telah memperbadankan Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (“FGV Downstream”), sebuah syarikat liabiliti sendirian berhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. + Pada 6 Januari 2012, FGV Plantations telah memperbadankan Felda GlobalVentures Plantations (Malaysia) Sdn Bhd (“FGVPM”), sebuah syarikat liabiliti sendirian berhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. ≠ Pada 17 Februari 2012, Syarikat telah memperbadankan Pakatan Mastiara Sdn Bhd, sebuah syarikat liabiliti sendirian berhad, diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. Pada 28 Mac 2012, syarikat ini telah mengubah namanya kepada Felda Global Ventures Shared Services Centre Sdn Bhd (“FGV SSC”). © Pada 12 April 2012, Syarikat telah memeterai Perjanjian Jual Beli dengan FGV Downstream, sebuah anak syarikat milik penuh, untuk menjual 100% kepentingan ekuitinya dalam saham biasa dalam Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (“FGVNA”) untuk pertimbangan tunai sebanyak RM632,100,038, yang menghasilkan keuntungan pelupusan sebanyak RM2,227,760 kepada Syarikat. Urusniaga tersebut diselesaikan pada 9 Mei 2012. • Pada 12 April 2012, Syarikat telah memeterai Perjanjian Jual Beli dengan FGV Plantations, sebuah anak syarikat milik penuh, untuk menjual 100% kepentingan ekuitinya dalam saham biasa dalam Felda Global Ventures Kalimantan (“FGVK”) untuk pertimbangan tunai sebanyak RM188,583,121, yang menyebabkan kerugian pelupusan sebanyak RM6,756,146 kepada Syarikat. Urusniaga tersebut diselesaikan pada 9 Mei 2012. ® Pada 20 Jun 2012, Twin Rivers Technologies Holdings Inc (“TRT Holdings”) telah memindahkan 100% kepentingan ekuiti mewakili 6,882 saham biasa dalamTwin Rivers Technologies Holdings Enterprises de Transformation de Graines Oleagineuses Inc (“TRT Holdings ETGO Inc”) kepada FGVNA untuk pertimbangan tunai sebanyak CAD1.00. ¥ Pada 20 Jun 2012, Twin Rivers Technologies US Inc (“TRT US”) telah bergabung dengan dan ke dalam TRT Holdings. Sebaik penggabungan tersebut selesai, pegangan saham FGVNA dalam TRT Holdings, yang mewakili 117,646 saham biasa Kelas A dan 80,000 saham biasa Kelas B ditukarkan kepada saham biasa kelas tunggal. √ Pada 22 Jun 2012, pembubaran FGV US LLC telah berlaku kerana syarikat tersebut pada mulanya ditubuhkan sebagai entiti tujuan khas bagi membiaya pinjaman kepada TRT US bagi mengurangkan risiko pencirian semula hutang tersebut sebagai ekuiti sekiranya berlaku pendaftaran kemuflisan. Oleh kerana pembatalan hutang telah berlaku, tiada sebab untuk entiti-entiti tersebut terus wujud. Ω Pada 25 September 2012, Syarikat telah memperoleh 100% kepentingan ekuiti dalam Rias Simfoni Sdn Bhd, sebuah syarikat diperbadankan di Malaysia, untuk pertimbangan tunai sebanyak RM2. Pada 10 Oktober 2012, syarikat tersebut telah mengubah namanya kepada Felda Global Ventures Research & Development Sdn Bhd (“FGV R&D”). Tiada impak kewangan timbul kerana syarikat tersebut adalah tidak aktif. € Pada tahun kewangan sebelum ini, Felda Global Ventures Kalimantan Sdn Bhd (“FGVK”), sebuah anak syarikat milik Syarikat, telah memeterai satu perjanjian untuk mengambilalih 95% kepentingan dalam PT. Citra Niaga Perkasa daripada Joko Sintrajaya untuk jumlah pertimbangan sebanyak RM16,500,000, yang harus diselesaikan sebaik menerima kelulusan undang-undang yang berkaitan di Indonesia. Pengambilalihan tersebut selesai pada 27 Februari 2012. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=