FGV Annual Report 2012

177 F i n a n c i a l S t a t e m e n t s 2 0 1 2 P e n y a t a K e w a n g a n 18 HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (sambungan) (a) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 (i) Keadaan pasaran yang sukar pada tahun semasa kewangan dan kerugian berterusan dalam anak syarikat, Twin Rivers Technologies Enterprise de Transformation De Graines Oleagineuses Du Quebec Inc. (“TRT ETGO”) telah dikenalpasti sebagai petunjuk bagi ujian rosot nilai yang perlu dilakukan bagi hartanah, loji dan peralatan yang berkaitan dengan CGU untuk operasi perniagaan makanan minyak bertapis di Kanada. Jumlah CGU yang boleh diperolehi semula ditetapkankan berdasarkan pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual. Andaian penting yang digunakan untuk pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual bagi CGU adalah seperti berikut: (i) Bayaran pengetolan adalah berdasarkan purata anggaran kadar pertumbuhan kompaun tahunan iaitu kira-kira 2% sepanjang tempoh Perjanjian Bayaran Pengetolan. Asas yang digunakan adalah selaras dengan Perjanjian Bayaran Pengetolan yang telah dilaksanakan bertarikh 9 Disember 2012 di antara Bunge-ETGO LP dan TRT ETGO. (ii) Kadar diskaun yang digunakan adalah 12.4% yang mencerminkan risiko khusus yang berkaitan dengan operasi perniagaan. (iii) Nilai Terminal adalah berdasarkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (“EBITDA”) pada kadar pertumbuhan 2% pada 2017. Berdasarkan pengiraan nilai saksama tolak kos untuk menjual, Kumpulan telah merosotkan nilai hartanah, loji dan peralatan sebanyak RM32,300,000 yang direkodkan sebagai kerugian rosot nilai dalam kos jualan. Berdasarkan analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Kumpulan, kesan kenaikan 1% dalam kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian penting, akan mengakibatkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak kira-kira RM30,737,000. (ii) Berikutan peningkatan dalam prestasi kewangan, satu penilaian semula jumlah yang boleh diperoleh telah dilaksanakan ke atas operasi perniagaan asid lelemak di Amerika Syarikat. Penilaian itu memerlukan anggaran nilai dalam kegunaan bagi CGU di mana hartanah, loji dan peralatan serta aset tidak nyata berkaitan operasi perniagaan asid lelemak di Amerika Syarikat telah diperuntukkan seperti yang dinyatakan dalam Nota 20. Ini menghasilkan pembalikan rosot nilai hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM15,497,000. (iii) Sebuah anak-anak syarikat Kumpulan, Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (“KGFP”) telah mencatatkan kerugian rosot nilai kira-kira RM3,566,000 dalam hartanah, loji dan peralatan apabila jumlah yang boleh diperolehi semula adalah di bawah nilai bawaan. Jumlah boleh diperolehi semula daripada aset-aset ini telah ditetapkankan dengan merujuk kepada nilai saksama tolak kos untuk menjual berdasarkan penilaian bebas oleh pihak luar menggunakan kaedah perbandingan dengan merujuk kepada urusniaga semasa dan bukti-bukti jualan. Pada 31 Disember 2012, sebahagian daripada hartanah, loji dan peralatan dilupuskan di atas nilai-nilai bawaan, menghasilkan pembalikan rosot nilai sebanyak RM529,000. (iv) Termasuk dalam hartanah, loji dan peralatan adalah geran tertunda yang diberikan oleh Investissement Quebec (“Pemberi”), sebuah agensi kerajaan wilayah Quebec berjumlah RM23,290,000. Di bawah terma perjanjian itu, Pemberi akan membayar balikTRT ETGO, 5% daripada kos yang ditanggung untuk membangun dan membina kilang penghancuran benih minyak di Becancour. Pada tahun kewangan yang lepas, geran itu dicatatkan sebagai belum bayar lain kerana tidak mematuhi perjanjian yang disertakan. Perjanjian itu telah dipatuhi pada 31 Disember 2012 dan oleh itu geran tersebut dicatatkan sebagai pengurangan kos hartanah, loji dan peralatan. (b) Tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 (i) Keadaan pasaran yang sukar, kerugian berterusan dan penyusunan semula dalaman dalam anak syarikat, Twin Rivers Technologies Enterprise de Transformation De Graines Oleagineuses Du Quebec Inc. (“TRT ETGO”) telah dikenalpasti sebagai petunjuk bagi ujian rosot nilai yang perlu dilakukan bagi hartanah, loji dan aset tidak nyata berhubung dengan CGU untuk operasi perniagaan makanan berdasarkan minyak bertapis di Kanada seperti yang dinyatakan dalam Nota 20 yang telah menyebabkan rosot nilai sebanyak RM160,798,000. Berdasarkan kepada analisis sensitiviti yang dijalankan oleh Kumpulan, kesan kenaikan 1% dalam kadar diskaun yang digunakan, yang merupakan andaian penting, akan mengakibatkan kerugian rosot nilai tambahan sebanyak kira-kira RM65,000,000. (ii) Beberapa hartanah, loji dan peralatan dalam TRT ETGO berjumlah RM388,669,000 telah dijadikan cagaran bagi kemudahan perbankan yang diberikan kepada sebuah anak syarikat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=