FGV Annual Report 2012

170 Felda Global Ventures Holdings Berhad 16 PENDAPATAN SESAHAM Kumpulan 2012 2011 EPS Asas (sen) 28.5 75.1 EPS Dicairkan (sen) 28.5 47.9 Pendapatan asas sesaham (“EPS”) telah dikira berdasarkan gabungan keuntungan selepas cukai yang berkaitan dengan pemegang saham ekuiti Syarikat dan dibahagikan dengan bilangan berwajaran saham biasa dalam terbitan. Kumpulan 2012 2011 Keuntungan berkaitan pemegang saham ekuiti (RM’000) 805,953 1,327,764 Bilangan purata berwajaran saham biasa dalam terbitan (ribu) 2,829,538 1,767,612 EPS dicairkan telah dikira berdasarkan gabungan keuntungan selepas cukai yang berkaitan dengan pemegang saham ekuiti Syarikat dan dibahagikan dengan bilangan berwajaran saham biasa dalam terbitan, dengan mengandaikan penukaran baki RCPS dan RCCPS kepada saham biasa berjumlah RM1 setiap satu. Kumpulan 2012 2011 Keuntungan berkaitan pemegang saham ekuiti (RM’000) 805,953 1,327,764 Bilangan berwajaran saham biasa dalam terbitan (ribu) 2,829,538 1,767,612 Pelarasan untuk: – Andaian penukaran RCPS/RCCPS (ribu) – 1,004,908 Bilangan purata berwajaran saham biasa bagi perolehan cair sesaham (ribu) 2,829,538 2,772,520 17 LAPORAN SEGMEN Segmen operasi dilaporkan dalam cara yang konsisten dengan laporan pengurusan dalaman yang diberikan kepada ketua pembuat keputusan operasi (“CODM”), iaitu Jawatankuasa Pengurusan (“MC”). Segmen yang dilaporkan telah disemak semula dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 disebabkan oleh perubahan dalam struktur laporan pengurusan dalaman CODM yang timbul daripada Tawaran Awam Awal (“IPO”). Perbandingan telah dinyatakan semula bagi mematuhi laporan segmen yang telah disemak semula. Laporan segmen yang telah disemak semula bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 telah dikenalpasti seperti berikut: • Perladangan – Kegiatan perladangan adalah termasuk penanaman, penuaian dan pengeluaran buah tandan segar (“BTS”), pemprosesan BTS dan penjualan kelapa sawit mentah (“MSM”) dan isirung sawit. • Hiliran – Penapisan MSM, pemeringkatan kelapa sawit ditapis diluntur dinyahbau (“RBDPO”) dan Sawit Olein (“PO”), penghancuran PK, pengeluaran oleokimia iaitu asid lemak dan gliserin serta pengeluaran produk akhir pengguna. • Gula – Penapisan gula serta jualan dan pemasaran gula halus dan gula merah. • Pembuatan, Logistik & Lain-lain – Pemprosesan dan pengeluaran koko, getah dan baja, kemudahan dan perkhidmatan pukal dan pengangkutan, kejuruteraan, pembinaan dan pengurusan hartanah, teknologi maklumat, aktiviti keselamatan, pelancongan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta penjualan bahan-bahan penanaman. Penyesuaian kepada segmen yang boleh dilaporkan adalah berkaitan dengan penghapusan Felda Holdings Bhd, sebuah syarikat-syarikat bersekutu Kumpulan yang termasuk dalam segmen yang boleh dilaporkan, dan merangkumi syarikat-syarikat pegangan pelaburan dalam Kumpulan, yang tidak menjadi sebahagian daripada segmen yang boleh dilaporkan. MC menilai prestasi segmen operasi berdasarkan keuntungan sebelum cukai. Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=