FGV Annual Report 2012
160 Felda Global Ventures Holdings Berhad 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (sambungan) (b) Polisi-polisi pengurusan risiko modal Objektif penting polisi-polisi pengurusan modal Kumpulan adalah untuk memastikan bahawa ia mengekalkan nisbah modal yang sihat untuk menyokong perniagaannya dan memaksimumkan nilai pemegang saham. Kumpulan menguruskan struktur modal dan membuat penyesuaian kepadanya, berdasarkan perubahan dalam keadaan ekonomi. Untuk mengekalkan atau menyesuaikan struktur modal, Kumpulan mungkin melaraskan bayaran dividen kepada pemegang saham, memberi pulangan modal kepada pemegang saham atau menerbitkan saham baru. Tiada perubahan dibuat dalam objektif, polisi-polisi atau proses-proses ini sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 dan 31 Disember 2011. Kumpulan memantau modal dengan menggunakan nisbah penggearan, iaitu jumlah hutang dibahagikan dengan jumlah ekuiti yang berkaitan dengan pemilik Syarikat. Kumpulan merangkumkan pinjaman, pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting dan liabiliti LLA dalam jumlah hutangnya. Ekuiti berkaitan pemilik Syarikat adalah termasuk modal saham, saham kepentingan boleh tebus, premium saham, rizab dan perolehan tersimpan. Analisis nisbah penggearan bagi Kumpulan dan Syarikat adalah seperti yang dinyatakan di bawah: Kumpulan Dengan liabiliti LLA 2012 2011 RM’000 RM’000 Pinjaman 599,669 802,492 Pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting 1,840,271 1,840,448 Liabiliti LLA 5,664,769 – Jumlah hutang 8,104,709 2,642,940 Ekuiti berkaitan pemilik Syarikat 6,102,364 5,615,263 Nisbah penggearan 133% 47% Tanpa liabiliti LLA Pinjaman 599,669 802,492 Pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting 1,840,271 1,840,448 Jumlah hutang 2,439,940 2,642,940 Ekuiti berkaitan pemilik Syarikat 6,102,364 5,615,263 Nisbah penggearan 40% 47% Syarikat 2012 2011 RM’000 RM’000 Pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting 1,840,271 1,840,448 Jumlah ekuiti 7,296,182 2,699,553 Nisbah penggearan 25% 68% Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=