FGV Annual Report 2012

158 Felda Global Ventures Holdings Berhad 4 PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN (sambungan) (a) Polisi-polisi pengurusan risiko kewangan (sambungan) Risiko kecairan Risiko kecairan adalah risiko bahawa Kumpulan akan menghadapi masalah dalam memenuhi obligasinya disebabkan kekurangan dana. Kumpulan mengekalkan tahap tunai dan bersamaan tunai yang mencukupi untuk memenuhi keperluan modal kerja Kumpulan dengan memantau aliran tunainya secara teliti. Oleh kerana sifat perniagaannya, Kumpulan telah menerimapakai pengurusan risiko kecairan yang berhemat dalam mengekalkan dan mendapatkan kemudahan kredit yang mencukupi daripada institusi kewangan. Unjuran aliran tunai dilakukan dalam entiti-entiti operasi Kumpulan dan dikumpulkan oleh kewangan Kumpulan. Kewangan Kumpulan memantau ramalan keperluan kecairan Kumpulan bagi memastikan ia mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi keperluan operasi di samping mengekalkan ruang yang mencukupi bagi kemudahan pinjaman komited belum digunakan pada setiap masa agar Kumpulan tidak melanggar had pinjaman atau perjanjian (jika berkenaan) pada mana-mana kemudahan pinjamannya. Ramalan sedemikian mengambilkira pelan pembiayaan hutang Kumpulan, pematuhan perjanjian, pematuhan dengan kenyataan dalaman mengenai sasaran nisbah kedudukan kewangan dan, jika wajar, keperluan peraturan atau undang-undang luar – contohnya, sekatan matawang. Lebihan tunai yang dipegang oleh entiti-entiti operasi yang melebihi baki yang diperlukan untuk pengurusan modal kerja akan dipindahkan kepada perbendaharaan Kumpulan. Lebihan tunai dilaburkan ke dalam akaun semasa yang menjana keuntungan, deposit masa, deposit pasaran wang dan sekuriti boleh pasar, denganmemilih instrumen dengan tempoh matang yang sesuai atau kecairan tunai yang mencukupi bagi menyediakan ruang yang mencukupi sebagaimana yang ditetapkankan oleh ramalan di atas. Pada tarikh laporan, Kumpulan memegang pelaburan tunai sebanyak RM5,464,772,000 (2011: RM1,506,997,000) dan aset cair lain sebanyak RM223,600,000 (2011: RM271,133,000) yang dijangka akan menjana aliran masuk tunai bagi menguruskan risiko kecairan. Pada tarikh laporan, Syarikat memegang pelaburan tunai sebanyak RM4,179,612,000 (2011: RM459,300,000) dan aset cair lain sebanyak RM4,093,000 (2011: RM712,000) yang dijangka akan menjana aliran masuk tunai bagi menguruskan risiko kecairan. Jadual di bawah menganalisis liabiliti kewangan bukan derivatif Kumpulan dan liabiliti kewangan derivatif penyelesaian bersih ke dalam kumpulan kematangan berdasarkan baki tempoh matang pada tarikh laporan sehingga tarikh matang kontrak. Liabiliti kewangan derivatif dimasukkan ke dalam analisis jika tempoh matang kontraknya adalah penting bagi memahami perjalanan masa aliran tunai. Jadual di bawah meringkaskan profil kematangan liabiliti kewangan Kumpulan dan Syarikat berdasarkan baki tempoh matang pada tarikh penyata kedudukan kewangan. Jumlah yang dinyatakan di dalam jadual ini adalah berdasarkan kontrak aliran tunai tidak didiskaun. Kumpulan Kurang Antara Antara daripada 1 dan 2 2 dan Lebih 1 tahun tahun 5 tahun 5 tahun Jumlah RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Pada 31 Disember 2012 Pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting 297,694 359,607 780,738 797,615 2,235,654 Liabiliti LLA 496,938 489,467 1,441,288 114,470,458 116,898,151 Jumlah belum bayar kepada syarikat-syarikat bersekutu 69,510 – – – 69,510 Jumlah belum bayar kepada pemegang saham penting 93,826 – – – 93,826 Jumlah belum bayar kepada lain-lain syarikat berkaitan 755,023 – – – 755,023 Liabiliti kewangan derivatif 106,680 – – – 106,680 Pinjaman 599,410 255 254 – 599,919 Belum bayar 348,688 – – – 348,688 Jumlah liabiliti kewangan tidak didiskaun 2,767,769 849,329 2,222,280 115,268,073 121,107,451 Pada 31 Disember 2011 Pinjaman belum berbayar kepada pemegang saham penting 5,448 394,316 844,818 1,093,142 2,337,724 Jumlah belum bayar kepada syarikat-syarikat bersekutu 21 – – – 21 Jumlah belum bayar kepada entiti kawalan bersama 35,091 – – – 35,091 Jumlah belum bayar kepada lain-lain syarikat berkaitan 217,699 – – – 217,699 Pinjaman 761,974 41,733 – – 803,707 Belum bayar 247,955 – – – 247,955 Jumlah liabiliti kewangan tidak didiskaun 1,268,188 436,049 844,818 1,093,142 3,642,197 Nota-nota kepada Penyata Kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=