FGV Annual Report 2012

A n n u a l R e p o r t 2 0 1 2 L a p o r a n T a h u n a n 21 As the world’s third largest palm oil operator, FGV operates 135 estates covering 343,521 hectares of oil palm plantation estates mainly in Malaysia. It also owns significant interest in Felda Holdings Bhd which is the world’s largest producer of palm oil, producing 3.3 million tonnes of Crude Palm Oil (CPO) in 2011. Felda Holdings, in turn, has 44 companies mainly based in Malaysia involved in the whole supply chain of palm oil activities such as CPO production, replanting activities, palm oil refining & fractionation, kernel oil production, estate management, research & development, cattle rearing, marketing & palm oil trading, production and distribution of packed products & cooking oils; and liquid & dry bulk storage. It owns 71 palm oil mills, seven refineries, four kernel crushing plants, 13 rubber factories, seven bulking installations, manufacturing plants and several logistic installations. Through its listed subsidiary, MSM Malaysia Holdings Berhad, FGV is also the largest refined sugar producer in Malaysia. It produces 57 percent of the country’s refined sugar products. As a company aspiring to be a globally integrated, diversified multi-national corporation, FGV is also committed to all three principles of sustainability: profits, planet and people. It is pursuing an aggressive, strategic reform and expansion programme to ensure the vitality of its business. This stood at RM7.47 billion revenue and RM1.37 billion pre-tax profit in fiscal 2011. An active member of the Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) since 2004, FGV has a time-bound plan to achieve certification for all its mill complexes by 2017. Most notably, it was the first in the world to attain RSPO certification involving small holder estates and the first company outside Europe to achieve International Sustainability and Carbon Certification. In addition, it is at the forefront of renewable energy projects using oil palm biomass. FGV’s ‘green’ power plant in Sabah is the world’s first utilising 100 percent oil palm Empty Fruit Bunches (EFB). FGV provides employment to some 23,000 employees, 20 percent of whom are descendants of FELDA settlers-smallholders. In addition, FGV’s dividend payments seed a trust fund which supports the continued well-being of the 112,635 settlers. It also contributes yearly to Yayasan FELDA which runs various health and education programmes as well as other philanthropic activities. FGV was listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad in June 2012. Sebagai pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, FGV mengendalikan 135 estet yang meliputi 343,521 hektar ladang kelapa sawit terutamanya di Malaysia. Ia juga memiliki kepentingan yang besar dalam Felda Holdings Bhd yang merupakan pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, menghasilkan 3.3 juta tan metrik minyak sawit mentah (CPO) pada tahun 2011. Felda Holdings pula mempunyai 44 syarikat yang sebahagian besarnya berpangkalan di Malaysia dan terlibat dalam rantaian bekalan keseluruhan aktiviti minyak sawit seperti pengeluaran CPO, aktiviti penanaman semula, penapisan & pemeringkatan minyak sawit, pengeluaran minyak isirung, pengurusan estet, penyelidikan dan pembangunan, penternakan lembu , pemasaran dan perdagangan minyak sawit, pengeluaran dan pengedaran produk dibungkus & minyak masak, dan penyimpanan pukal cecair & kering. Ia memiliki 71 kilang minyak sawit, tujuh kilang penapisan, empat kilang penghancuran isirung, 13 kilang getah, tujuh pemasangan pukal, kilang-kilang pembuatan dan beberapa pemasangan logistik. Menerusi anak syarikatnya yang tersenarai iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad, FGV juga merupakan pengeluar terbesar gula halus di Malaysia. Ia menghasilkan 57 peratus daripada produk gula halus di negara ini. Sebagai sebuah syarikat yang berazamuntuk menjadi sebuah syarikat multinasional bersepadudanberkepelbagaiandiperingkatglobal,FGVjugakomitedkepadaketiga- tiga prinsip kemampanan: keuntungan, alam sekitar dan insan. Ia mengusahakan satu program reformasi dan pengembangan yang agresif dan strategik untuk memastikan daya maju perniagaannya. Ia menghasilkan perolehan sebanyak RM7.47 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.37 bilion pada tahun kewangan 2011. Ahli aktif Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) sejak tahun 2004, FGV mempunyai pelan masa untuk mencapai pensijilan bagi semua kompleks kilangnya menjelang 2017. Paling penting adalah ia merupakan yang pertama di dunia mencapai pensijilan RSPO melibatkan estet peladang kecil dan syarikat pertama di luar Eropah mencapai Pensijilan Kemampanan dan Karbon Antarabangsa. Di samping itu, ia berada di barisan hadapan bagi projek-projek tenaga yang boleh diperbaharui menggunakan biomas minyak sawit. Loji kuasa ‘hijau’ FGV di Sabah adalah yang pertama di dunia menggunakan 100 peratus Tandan Kosong (TK) kelapa sawit. FGV menyediakan pekerjaan kepada 23,000 pekerja di mana 20 peratus daripada mereka adalah keturunan peneroka-pekebun kecil FELDA. Di samping itu, pembayaran dividen FGV disalurkan kepada tabung amanah yang menjamin kesejahteraan berterusan peneroka seramai 112,635 orang. Ia juga menyumbang setiap tahun kepada Yayasan FELDA yang menjalankan pelbagai program kesihatan dan pendidikan serta lain-lain aktiviti amal. FGV telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada Jun 2012.

RkJQdWJsaXNoZXIy NDgzMzc=